Ahad, 11 Oktober 2009

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Salam Syawal 1430 Hijrah.
Bersyukur kerana melalui blogger ini dapat menjadi lokasi bersantai dan berkongsi cerita dengan pengunjung blogger di di mana sahaja. Inilah julung kali mempunyai blogspot sendiri. Diharap ia berguna menyalurkan info dan aktiviti seni saya.
Kesempatan ini juga saya sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan salam Aidilfitri kepada rakan, peminat, pengamal media dan umat Islam di mana juga berada.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.
Daripada ROZITA CHE WAN
Keterangan gambar: Pose dilokasi telemovie raya berjudul Kueh Goyang Leha. Turut berlakon Eizlan Yusof, Maisara dan Putera Shazlan. - Foto ihsan: dari blog eizlanyusof.blogspot.com