Ahad, 29 November 2009

Berita Panas!


Usahawan takut Rozita Che Wan
…bimbang gosip terlampau jejas pasaran produk
KUALA LUMPUR: Usahawan produk kesihatan dan kecantikan, enggan namanya disiarkan, terpaksa melupakan hasratnya untuk mengambil pelakon jelita Rozita Che Wan sebagai duta produk kesihatan terbarunya.
Ini kerana pelakon bergelar ibu tunggal sedang hangat dengan berbagai isu dan gosip melibatkan tokoh VIP terkenal.
Justeru itu, usahawan yang mempunyai ibupejabat di Melaka Bandaraya Bersejarah, perlu memikirkan baik, buruk untuk melantik pelakon ini sebagai duta produknya.
“Walaupun belum ada diskusi mengenai tawaran kepada pelakon jelita ini, tetapi setelah mengambil kira suasana hangat melibatkan kehidupan pelakon ini, terpaksalah kami menggugurkan impian ini.
“Kadang-kala gosip hangat yang keterlaluan juga tidak baik bagi penjualan produk. Bagaimanapun sesetengah pendapat, dari rakan niaga menganggap kes seperti ini terpinggir. Dalam erti kata lain, kurang, memberi impak.
“Buat masa ini kami masih belum memutuskan siapa dari kalangan selebriti yang dipilih untuk menjadi duta produk keluaran kami nanti. Jadi tidak mustahil pelakon ini akhirnya bersama-sama kami,” kata Puan X ketika dihubungi baru-baru ini.
Rozita yang dikaitkan mempunyai kisah cinta dengan beberapa orang tokoh VVIP, berstatus Tan Sri menolak gosip tersebut, seperti yang dihebohkan di dada akhbar dan majalah.
Rozita yang kini hidup bahagia berteman dua putera dan gembira dengan karier lakonannya.
Pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah kekal sebagai duta produk aksesori kasut dan tas tangan selain sebagai jurucakap haruman wangian One Drop.
“Kami sedar gosip hangat artis membantu karier mereka menjadi semakin laris di kalangan produser filem dan drama TV. Tetapi jika terlalu banyak kisah panaspun kurang elok,” tambah Puan X lagi.




Khamis, 26 November 2009

Ucapan!


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...


Pada semua muslimin dan muslimat,semoga semua diberikan-NYA keberkatan, kerahmatan, keampunan dan kebahagiaan pada hari yang mulia ini.

Renung dan hayati semangat disebalik hari perayaan ini agar ia memberi sinar dan dorongan untuk terus berkorban apa saja demi agama,bangsa dan negara.

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari saya sekeluarga dan staf rozita che wan blogspot.com

Rabu, 25 November 2009

Dua aksi di lain lokasi


Seksi pikat ramai lelaki?




INILAH aksi pelakon bulu mata lentik sedang popular, Rozita Che Wan yang dirakamkan di dua lokasi.



Lokasi pertama: Ketika berkunjung ke Selebriti Room, SuriaFM. DJ Tuah dan Zizi menemubual ibu tunggal dua putera yang hangat di gosipkan dengan beberapa VIP berstatus Tan Sri.



Lokasi kedua: Semasa adegan dalam drama Puteri Arora. Drama ini sudah ditayangkan di TV3. Ramai puji pelakon Alor Setar, Kedah cantik dan WOW!

Sabtu, 14 November 2009

Pose Koleksi!














































Sebahagian pose yang dirakam jurugambar sebelum ini dalam berbagai majlis...

Khamis, 5 November 2009

Gambar Terbaru Rozita Che Wan







Pose Terkini Pelakon Jelita Rozita Che Wan
semasa sidang akhbar Anugerah Skrin 2009.

Cerita Terkini!

“Ye ke badan saya montok?
RAMAI wanita yang mengidamkan untuk mempunyai bentuk badan montok dan seksi seperti pelakon dan model Rozita Che Wan.
Bukan mudah untuk berbadan cantik dan ramping sepertinya lebih-lebih lagi dia merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anak.
Pelakon yang pernah digosipkan dengan beberapa VIP dan ‘public figure’ ini bagaimanapun hanya tersenyum apabila disoal tentang rahsianya berbadan mantap.
“Ye ke badan saya montok? Siapa yang cakap? Ikutkan saya tiada apa-apa rahsia untuk memiliki badan seperti ini.
“Cuma saya menjaga makan dan melakukan senaman ringan apabila ada masa lapang,” kata pelakon drama dan filem ini.
Antara drama dan filem lakonannya adalah ‘Susuk 2’, Diari Ramadhan Rafique’, ‘Puteri Aurora Beradu’, ‘Kuih Goyang Seha’, ‘Jangan Tegur’ dan ‘Sifu & Tongga’.
Mengenai penjagaan muka pula, Rozita yang pernah digosipkan dengan pelakon Zizan Nin dan pemain bola Selangor dan kebangsaan, Asrarudin Putra Omar ini berkata dia hanya mengekalkan penjagaan kulit mukanya melalui produk Garnier Age Lift.
Rozita yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah pada Hari Raya Puasa lalu akui walaupun dirinya dikaitkan dengan mana-mana individu namun masih belum ada yang bertakhta di hatinya.
“Memang saya ada mendoakan tentang calon suami tetapi sehingga sekarang saya belum menjumpai sesiapa.
“Tentang gosip kata saya pergi rumah Asrarudin semasa Hari Raya lepas pun tak betul sebab kami hanya kawan biasa.
“Dengan ahli perniagaan pun tiada apa-apa..,” katanya yang murah dengan senyuman.
Menyentuh sedikit tentang pengalaman Rozita di sana, dia mengaku sering memakai hijab sepanjang melakukan umrah.
Penjelasan Rozita sekaligus menafikan cakap-cakap belakang mengatakan dia memakai hijab untuk menutup wajahnya yang pucat tanpa mekap.
“Saya memakai hijab untuk mengelakkan diri dari penyakit H1N1. Daripada saya memakai topeng, lebih baik saya tutup hidup dan mulut saya dengan hijab terus,” jawabnya yang menantikan kemunculan telefilem ‘Tunjang Saadah’ yang akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 14 November ini dan ‘Hati Yang Terpinggir’ sempena Hari Aids Sedunia di TV2.
Dalam perkembangan yang lain, Rozita berkata kontraknya sebagai duta Avon dilanjutkan setahun lagi. - Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ -foto The Star oleh RICKY LAI