Ahad, 29 November 2009

Berita Panas!


Usahawan takut Rozita Che Wan
…bimbang gosip terlampau jejas pasaran produk
KUALA LUMPUR: Usahawan produk kesihatan dan kecantikan, enggan namanya disiarkan, terpaksa melupakan hasratnya untuk mengambil pelakon jelita Rozita Che Wan sebagai duta produk kesihatan terbarunya.
Ini kerana pelakon bergelar ibu tunggal sedang hangat dengan berbagai isu dan gosip melibatkan tokoh VIP terkenal.
Justeru itu, usahawan yang mempunyai ibupejabat di Melaka Bandaraya Bersejarah, perlu memikirkan baik, buruk untuk melantik pelakon ini sebagai duta produknya.
“Walaupun belum ada diskusi mengenai tawaran kepada pelakon jelita ini, tetapi setelah mengambil kira suasana hangat melibatkan kehidupan pelakon ini, terpaksalah kami menggugurkan impian ini.
“Kadang-kala gosip hangat yang keterlaluan juga tidak baik bagi penjualan produk. Bagaimanapun sesetengah pendapat, dari rakan niaga menganggap kes seperti ini terpinggir. Dalam erti kata lain, kurang, memberi impak.
“Buat masa ini kami masih belum memutuskan siapa dari kalangan selebriti yang dipilih untuk menjadi duta produk keluaran kami nanti. Jadi tidak mustahil pelakon ini akhirnya bersama-sama kami,” kata Puan X ketika dihubungi baru-baru ini.
Rozita yang dikaitkan mempunyai kisah cinta dengan beberapa orang tokoh VVIP, berstatus Tan Sri menolak gosip tersebut, seperti yang dihebohkan di dada akhbar dan majalah.
Rozita yang kini hidup bahagia berteman dua putera dan gembira dengan karier lakonannya.
Pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah kekal sebagai duta produk aksesori kasut dan tas tangan selain sebagai jurucakap haruman wangian One Drop.
“Kami sedar gosip hangat artis membantu karier mereka menjadi semakin laris di kalangan produser filem dan drama TV. Tetapi jika terlalu banyak kisah panaspun kurang elok,” tambah Puan X lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan