Sabtu, 5 Disember 2009

Hangat!



RCW menang gaya

SELAIN digosipkan dengan VIP, pelakon berbulu mata lentik ini, Rozita Che Wan atau RCW terus menarik perhatian ramai.
Terbaru kemunculannya di malam Anugerah Skrin 2009 (ASK 09) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat lalu.
Namun, ramai yang menggemari fesyen gipsi Rozita Che Wan pada malam itu. Walaupun nampak sedikit seksi kerana memadankannya dengan skirt atas paras lutut, namun Rozita memang antara yang 'menang gaya' pada acara tersebut.Tampil dengan imej wanita Arab sesuai dengan tema 1001 malam, RCW melangkah penuh bergaya melintasi permaidani merah tanpa disedari sehinggalah ada seorang dua jurugambar terperasaan dan meminta wanita jelita ini membuka penutup mulut.
Terbongkarlah rahsia yang cuba pelakon ini sembunyikan. Demi permintaan jurugambar yang banyak berbudi sepanjang kariernya, RCW memenuhi hasrat mereka.
Malam ASK 09, menyaksikan RCW menaiki pentas bertemankan aktor terbaik Nasir Bilal Khan, mengumumkan calon anugerah. Sebaik sahaja berada di pentas, sorakan peminat yang disalahtafsirkan sebagai 'boo' kepada aktres ini.
Penampilan ala-gipsi Rozita Che Wan menggamatkan suasana Dewan Merdeka ketika pelakon jelita itu muncul di pentas menjadi penyampai trofi bersama Nasir Bilal Khan. Imej seksi Rozita dengan skirt pendek atas lutut dilihat yang paling menyerlah malam itu! Malah, Afdlin sempat mengusik jurukamera yang asyik mengambil gambar Rozita dan secara spontan sengaja menarik seluarnya ke paras lutut.
Sorakan ini dikaitkan dengan penampilan fesyen RCW yang mendedahkan bahagian lutut ke hingga ke kaki. Mahu salahkan RCW, tak sepatutnya. Ini kehendak pereka fesyen, yang bertanggungjawab mencipta pakaian RCW sedemikian rupa.
Ramai peminat kecewa pelakon ini sanggup memakai pakaian sebegini, sedang RCW boleh menolak memakainya atau meminta pereka fesyen mencipta lain.
Demikianlah hangatnya pandangan peminat terhadap pelakon yang cantik jelita sehingga ramai jejaka ingin mendampinginya.
Cuma sayangnya, kemunculan RCW sekadar membaca senarai calon anugerah dan tiada pula pencalonan bagi1 lakonannya, sedangkan banyak drama dibintangi sepanjang 2009.
Apakah gamaknya, lakonan RCW tidak menepati syarat pencalonan atau telah digugurkan awal? Nyatanya, ASK 09 tidak memihak kepadanya. Kalau tersenaraikan dan kebetulan menang, bertambah hangatlah gosip dijaja ke sana ke sini - termasuklah skandal dengan juri!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan