Selasa, 22 Disember 2009






10 TAHUN LALU…
Peristiwa menarik sepanjang 1999

TABIR 2010 bakal menjelma beberapa hari lagi, meninggalkan deretan peristiwa pahit dan manis yang berlaku sepanjang 2009. Sebelum meninggalkan 2009, elok di imbas kembali pelbagai peristiwa menarik yang berlaku di persada hiburan 10 tahun lalu.

Apa yang berlaku sepuluh tahun lalu, disiarkan di bawah ini. Selamat datang Tahun 2010 yang juga mempunyai berbagai peristiwa berlaku sepuluh tahun lalu...

1. Rosyam Nor, pelakon filem Lenjan menang anugerah Best Supporting Actor di 44th Asia Pacific Film Festival di Bangkok, Thailand, pada 21 hingga 27 November 1999. Inilah trofi tunggal dimenangi negara dalam festival ini.

2. Festival Filem Malaysia (FFM) ke-14 di Hotyel Syuen, Ipoh, Perak pada 5 November 1999. Anugerah Panca Delima menjadi milik Jogho sebagai filem terbaik, U-Wei (sutradara terbaik), Khalid Salleh (pelakon lelaki terbaik filem Jogho), Rosyam Nor (Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik filem Puteri Impian), Amy Mastura (pelakon wanita terbaik filem Puteri Impian), Aliah Lee (Pelakon pembantu wanita filem Bara), U-Wei (lakonlayar terbaik filem Jogho), Saari Amri (skor musik terbaik filem Lenjan), Eizlan Yusof (pelakon harapan lelaki terbaik Puteri Impian), Nasha Aziz (Pelakon harapan wanita terbaik filem Perempuan Melayu Terakhir), Ismail Yaakob (sutradara harapan filem Bara)

3. Siti Nurhaliza menang Juara Pertandingan Lagu-Lagu di Shanghai, China.

4. Dayang Nurfaizah muncul dengan album solo pertamanya berjudul Dayang Nurfaizah terbitan NSR Records.

5. Dhalan Zainuddin menjadi artis pertama rakaman Sony Music muncul dengan album yang diterbitkan dalam bentuk CD. Album tersebut berjudul Diam-Diam Rindu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan